KEMPEN INFAK KASIH 27 RAMADAN

"Sumbangan Kecil, Impak Besar"

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, bulan di mana setiap amalan kebaikan dilipatgandakan ganjarannya. Dalam usaha untuk menyemarakkan semangat memberi di bulan yang mulia ini, Muafakat Care melancarkan Kempen Infak Kasih 27 Ramadan, satu inisiatif kebajikan yang mengajak masyarakat untuk menyumbang serendah RM2.70 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Mengapa Kempen Ini Penting?

Dalam kehidupan seharian, ramai insan yang diuji dengan kesempitan hidup, masalah kesihatan, dan bencana yang menjejaskan kesejahteraan mereka. Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang komited membantu masyarakat, Muafakat Care mengambil tanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui Tabung Kebajikan Muafakat Care.

Dana yang dikumpulkan daripada kempen ini akan digunakan untuk beberapa tujuan utama:

Foodbank Asnaf – Menyediakan barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan agar mereka tidak kelaparan di bulan Ramadan dan seterusnya.

Pengurusan Katil Hospital Wakaf – Memudahkan pesakit yang terlantar mendapatkan kemudahan katil hospital tanpa kos yang membebankan, bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Lampin Dewasa – Membantu warga emas dan pesakit terlantar yang memerlukan lampin dewasa untuk menjaga kebersihan serta keselesaan mereka.

Bantuan Bencana Asnaf – Menyediakan bantuan segera kepada mereka yang terkesan akibat bencana seperti kebakaran, banjir, atau kesusahan mendadak yang memerlukan tindakan pantas.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Dengan hanya RM2.70, anda berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kebajikan ini. Walaupun jumlahnya kecil, kesannya sangat besar bagi mereka yang sedang berdepan dengan kesusahan. Setiap ringgit yang anda sumbangkan mampu memberikan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Jom bersama Muafakat Care dalam menyebarkan kasih sayang dan membantu mereka yang kurang bernasib baik!


ALHAMDULILLAH, RAMADAN KALI INI 2025 KITA TELAH BERJAYA MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA 512 KELUARGA YANG MEMERLUKAN. 

Salurkan Sumbangan Anda Sekarang!

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi bekalan pahala buat kita semua di dunia dan akhirat. Ameen.

 MAYBANK 
 NO AKAUN : 5510 4353 5257 

 NAMA : PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT BAKRI 



Sila Letakkan Rujukan  "Ramadan"  Untuk Memudahkan Pihak Kami Mengagihkan Dana Yang Telah Disumbangkan.


ATAU


 SCAN GUNA APPS BANK ANDA 
1. LOGIN KE AKAUN BANKING ANDA
2. SCAN QR CODE
3. MASUKKAN NILAI & SAHKAN
4. PENGESAHAN BERJAYA

Setelah selesai derma guna QR Code, maklumkan derma anda atau terus isikan borang dibawah dan muatnaik slip sumbangan ya. Derma guna QR CODE sangat sesuai jika anda seorang yang lebih selesa menderma secara bersembunyi. Tangan kanan menderma tangan kiri tidak tahu. Kami sediakan QR Code untuk memudahkan anda menderma.


 Jom SEDEKAH Sekarang ! 


Semoga setiap sumbangan yang anda berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. 



MAKLUMAT TAMBAHAN :

Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek dan aktiviti yang kami jalankan melalui SMS, email atau Whatsapp. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 60108041224 atau emailkan ke pertubuhankebajikanmuafakatbakri@gmail.com


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN

Ada Soalan? Klik Ni