7 OKTOBER 2023
GAZA BERDARAH LAGI
Pertempuran Taufan Al-Aqsa - yang berlaku sebagai tindak balas terhadap jenayah pendudukan Zionis di Masjidil Aqsa yang Mulia - telah mengakibatkan lebih daripada 400 orang syuhada dan 2,000 orang cedera, termasuk kanak-kanak, wanita, dan keluarga yang lengkap telah dihancurkan.
Disebabkan oleh keberanian tentera pejuang Palestin, Israel telah memulakan kempen ketenteraan secara besar-besaran dan tidak masuk akal sejak bulan lepas untuk menghancurkan rumah-rumah penduduk Palestin dengan menggunakan serangan udara yang dahsyat.
![]()
Kami menerima berita tentang ribuan orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan melarikan diri ke sekolah-sekolah sebagai tempat perlindungan akibat serangan zionis yang kejam ini.
![]()
![]()
Serangan kejam Zionis ini datang bersama-sama dengan peningkatan pengepungan terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, yang jumlahnya melebihi 2.3 juta orang.
Bekalan elektrik terhenti, bekalan air terganggu dan Israel turut menghalang kemasukan makanan dan barangan ke Semenanjung Gaza, yang telah berada di bawah pengepungan Israel selama 17 tahun.
![]()
![]()
Untuk menyokong Israel dalam perangnya ke atas Gaza, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, telah menandatangani perintah untuk memberikan bantuan kewangan dan ketenteraan tambahan bernilai 8 bilion dolar Amerika kepada Israel.
Amerika Syarikat juga berjanji untuk menghantar pesawat udara bagi menyokong serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, sementara Gaza sendiri menghadapi kekurangan yang serius dalam bekalan perubatan, ubat-ubatan, dan makanan.
Saudara-saudari...
Pertempuran hari ini besar dan dahsyat, dan setiap Muslim perlu bersatu kali ini.
Para ulamak mengatakan bahawa, bila ada negera islam yang dijajah dan ditakluk, maka menjadi wajib (Fardu Ain) bagi orang islam yang berada di tempat itu sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak bangkit mempertahankan dan membebaskannya.
Bagi kita yang jauh, ia menjadi Fardu Kifayah untuk membantu mana yang mampu. Sama ada dengan harta, pengorbanan dan sekurang-kurangnya berdoa yang tidak putus-putus dan tidak bermusim.